Posts

tipu

member kerja aku tanya, 'kau dah makan belum' aku jawab 'dah', dengan tangan tengah copy paste sku dan work order untuk pdfu,langsung tak tengok dia 'tipu' aku jawab lagi, 'aku tak tipu macam kau'  *sebenarnya tu cuma spontan keluar dari mulut aku ,  tapi akibatnya... 'WHAT AM I LYING?' ok aku akui aku tersalah cakap, mesti dia terasa sbb sebelum ni dia tangguhkan bayar hutang kerana satu alasan, dan dia ingat aku rasa dia penipu. Bukan itu mkasud aku kawan

obses

member lelaki bukan islam aku tegur 'kau chat dengan sapa,darling ea' aku pandang dia 'kau tahu tak kawan lagi penting dari gf'?' dia tak percaya aku sambung lagi, 'betul, kau kena pentingkan tuhan, keluarga, kawan,baru gf" dia  tak puas hati sebenarnya gf tu tak halal, sepatutnya tiada dalam list, tapi disebabkan dia bukan islam, aku bagi contoh mudah je tapi member aku ni memang tengah desperate cari gf, nak cari erti hidup yang baru katanya. Ya Allah, berikanlah kami petunjuk ke jalan yang lurus, aameen

tahu

partner kerja aku tanya, ' Ada kawan sebaya saya , sudah berkahwin,namun diceraikan semasa bayinya berumur 6 bln, 6 tahun yang lalu, kamu rasa ada lelaki boleh terima dia ?' aku angguk kepala, aku jawab ,'kalau dia suka tapi dia tak boleh terima itu masalah dia, bukan masalah perempuan tu' dan ku lihat wajahnya mulai bercahaya, partner aku bersuara lagi,'kalau saya kata saya dah ada anak kamu percaya tak' aku senyum 'kak nampak matured , kalau kak kata single saya percaya, dah ada anak pun saya percaya, kalau akak ada anak mesti anak tu comel macam akak' dia tersipu, hakikatnya..aku tahu orang yang dimaksudkan tu ialah dirinya sendiri, betapa dia cuba menjaga rahsia nya rapat rapat tetapi ada orang yang telah maklumkan hal utu kepadaku. Ya Rabb,kuatkan kakak itu ya Allah...

tapis

Image
Aku selalu hit button 'see fewer post like this ' kat gambar yang aku tak minat  dalam IG so akan dapat gambar gambar yang menenangkan hati camni bila aku hit button 'discover' semua gambar gambar yang ada seni ada nilai  lenguh jugak aku hit button 'see fewer post like this tu kat setiap gambar gambar yang aku tak berkenan unt dapat hasil yang camni

4:00 PM

"kak,bangun dah 4 petang " Aku terpisat pisat bangun capai phone, seriously? lama kot aku tidur hidung pula rasa lain macam ni.. salah makan lagi ke kat cafe tu? hmm..ni mesti angkara kuey tiau bandung semalam,pedas abang tu masak aih, dah la shif malam, aircond kat production tu kuat,hidung aku camne ..hmm Ya Allah..aku tak kuat ;(

kasut

aku tertinggal kasut sukan kat carwash masalahnya aku sedar yang kasut tu tertinggal pukul 5.30 padahal aku pi carwash tadi 10 pagi. 'konpom takda dah..' 'kalau ada pun kat kaki nepal yang keje kat situ ,baik punya dia sarung' aku tahan telinga je dengan makcik dan opah aku yang sangat talented bab bab meramal ni tapi adik aku sejukkan hati 'depa mesti simpan punya' turun je dari fly over depan tesco aku belok kiri masuk carwash, parking dan 'ha tudia kasut hg' makcik aku perasan awal aku turun dari kereta dan pergi kat tepi buaian tempat timbunan plastik sebelum sorang nepal tu datang dan tunjukkan aku tempat depa simpan kasut aku, terima kasih . tu je yang mampu aku ucap . 

belon

habis je round separuh lake taiping, aku gi kat makcik dan opah,depa duduk di taman permainan nak minum, pastu cousin aku umur 7 tahun cakap, 'kak,jom teman adik main gelongsor' ok lah dia pimpin tangan aku sambil jalan , baru 5 langkah jauh dari mak dia,tiba tiba dia bisik , "Kak bawak duit tak, adik nak beli belon tapi ibu tak bagi" this child is true savage